Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suri rumah hilang RM151,800 diperdaya kenalan Facebook

Seorang suri rumah kerugian RM151,800 (S$51,000) selepas terpedaya dengan kata-kata manis kenalan di laman sosial Facebook, yang mendakwa dirinya seorang lelaki berasal dari Kanada. 

Anggaran Waktu Membaca:
Suri rumah hilang RM151,800 diperdaya kenalan Facebook
Diterbitkan : 04 Apr 2018 08:05PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 08:07PM

KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM151,800 (S$51,000) selepas terpedaya dengan kata-kata manis kenalan di laman sosial Facebook, yang mendakwa dirinya seorang lelaki berasal dari Kanada. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata bahawa mangsa yang berusia 51 tahun itu mula memasukkan wang berkenaan ke dalam beberapa akaun sejak berkenalan awal Januari lalu. 

"Suspek telah menyatakan kepada mangsa untuk datang ke Malaysia bagi mengambil wang milik syarikat ayahnya sebanyak RM1.2 juta (S$0.4 juta). 

"Bagaimanapun suspek mendakwa dirinya perlu meminjam wang daripada mangsa terlebih dahulu menyebabkan mangsa memasukkan wang ke dalam akuan yang diberikan suspek," katanya.

Supt Mohd Wazir menambah bahawa mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan selepas menyedari dirinya ditipu. 

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan