Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suri rumah bela 250 kucing terbiar di rumahnya

Di pinggir bandar Jakarta, suri rumah Dita Agusta tinggal bersama lebih 250 ekor kucing yang diambilnya dari tepi jalan dan disediakan tempat berteduh dengan harapan pada satu hari nanti kucing-kucing itu akan dipelihara orang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Suri rumah bela 250 kucing terbiar di rumahnya

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Dec 2019 10:42PM Dikemas Kini : 25 Dec 2019 10:46PM

PARUNG: Di pinggir bandar Jakarta, suri rumah Dita Agusta tinggal bersama lebih 250 ekor kucing yang diambilnya dari tepi jalan dan disediakan tempat berteduh dengan harapan pada satu hari nanti kucing-kucing itu akan dipelihara orang lain.

"Sukar melihat kucing-kucing ini terbiar di tepi jalan raya," kata Cik Agusta, 45 tahun.

Beliau mahu menyelamatkan kucing-kucing sejak kecil lagi setelah melihat kucing-kucing terbiar berkeliaran di kawasan kejiranannya.

Apabila beliau dan suaminya, Mohamad Lutfi, seorang penternak ikan keli berpindah empat tahun lalu daripada bandar Bekasi di Jawa Barat ke sebuah rumah lebih besar di Parung di selatan Jakarta, Cik Agusta dapat membawa pulang kucing-kucing terbiar ke rumahnya.

Kini, pasangan itu membelanjakan sekurang-kurang 1 juta rupiah (S$97) bagi menampung kos makanan, perubatan dan pasir kucing untuk kesemua 250 ekor kucing yang dijaga.

Mereka juga menggajikan lima pekerja untuk membersihkan rumah mereka dua kali sehari bagi memastikan kebersihan tempat perlindungan itu.

Menurut Cik Agusta, beliau tidak mengambil kucing-kucing yang kelihatan sihat tetapi hanya kucing-kucing yang perlukan bantuan dan menjangkakan kucing-kucing kurang upaya akan tinggal di tempat perlindungannya selama-lamanya.

Beliau juga sering kali berjalan di kawasan kejiranannya dan memberi makanan kepada setiap kucing yang ditemui.

Di rumahnya, kesemua 250 ekor kucing dikembirikan bagi mengawal jumlahnya. Mereka juga dibersihkan bagi memastikan mereka tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada masyarakat sekeliling.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan