Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Selangor nafi pengaruhi Agong dalam pelantikan PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan laporan yang viral di media sosial yang mendakwa beliau terlibat dalam mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berhubung pelantikan perdana menteri Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Selangor nafi pengaruhi Agong dalam pelantikan PM

Gambar: Royal Selangor Office/Facebook

Diterbitkan : 10 May 2018 05:08PM Dikemas Kini : 10 May 2018 05:13PM

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan laporan yang viral di media sosial yang mendakwa beliau terlibat dalam mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berhubung pelantikan perdana menteri Malaysia.

"Baginda kesal dengan laporan tidak benar yang sedang tular di media sosial mengaitkan baginda dengan campur tangan dalam pelantikan jawatan perdana menteri," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan media hari ini (10 Mei).

"Baginda sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan untuk mewujudkan ketegangan di antara pihak istana dengan kerajaan negeri atau Persekutuan," tambah beliau lagi.

Reuters melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V di Istana Negara pada jam 5 petang nanti.

Menurut laporan Berita Harian Online pula, Istana Negara sudahpun mengesahkan penerimaan dua dokumen untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri.

Dokumen pertama diterima pada jam 1.38 petang tadi oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan.

Ia merupakan warkah makluman yang ditandatangani ketua-ketua daripada beberapa parti politik untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

Datuk Nik Mohd Shafriman kemudian dilaporkan menerima keputusan penuh PRU-14, mencakupi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada jam 2.45 petang.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan