Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor tidak anjur rumah terbuka Aidilfitri, masih berkabung

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan dukacita kerana tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor tidak anjur rumah terbuka Aidilfitri, masih berkabung

Sultan Ibrahim Iskandar. (Gambar: Johor State Government)

Diterbitkan : 11 Jun 2018 07:30PM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 07:34PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan dukacita kerana tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri tahun ini.

Pihak istana menyatakan ini disebabkan Sultan Johor dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kemangkatan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah pada 1 Jun lalu.

"Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Bangsa Johor.

"Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat terharu dan dukacita tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disebabkan tuanku dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kembalinya ke Rahmatullah paduka bonda Tuanku yang dikasihi Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom, pada 1 Jun yang lalu," menurut Encik Abdul Rahim dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini (11 Jun).

Beliau menambah, adalah menjadi tradisi bagi Sultan Johor dan keluarga diraja untuk beramah mesra dan bercampur gaul dengan rakyat dalam majlis perjumpaan rumah terbuka Hari Raya.

“Bagaimanapun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, perjumpaan itu tidak dapat diadakan pada tahun ini dan Insya-Allah majlis seperti itu akan diadakan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Sultan Johor berharap rakyat memahami akan perkara ini.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan