Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor tanggung kos baik pulih wad Hospital Sultanah Aminah yang terbakar semalam

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar, petang semalam (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor tanggung kos baik pulih wad Hospital Sultanah Aminah yang terbakar semalam

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 12:23PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 12:33PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar, petang semalam (28 Jun).

Sultan Ibrahim mengumumkan akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

"Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bersama-sama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

"Selalunya, kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera," tulis Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya pada Isnin (29 Jun).

Semalam, rakyat Johor dikejutkan lagi dengan kejadian kebakaran di Hospital Sultan Aminah (HSA) namun kali ini melibatkan Wad Perubatan Perempuan 1 yang terletak tidak jauh dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah.

Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kematian kerana kesemua 24 pesakit yang berada di wad berkenaan, berjaya diselamatkan.

Sebelum ini, HSA pernah mengalami kebakaran iaitu pada Oktober 2016 melibatkan tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan yang mengakibatkan enam pesakit maut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan