Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sultan Johor harap kerajaan M'sia segerakan semakan semula syarat ketat program MM2H

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berharap kerajaan Malaysia dapat menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor harap kerajaan M'sia segerakan semakan semula syarat ketat program MM2H

(Gambar: Royal Press Office)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 05:09PM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 05:12PM

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berharap kerajaan Malaysia dapat menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

Beliau membangkitkan isu berkenaan ketika bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi (25 Sep).

Sultan Ibrahim berkata Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain negeri itu juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.

“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” kata beliau.

Sultan Ibrahim turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.

Pertemuan bersama Sultan Johor berlangsung kira-kira sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan turut dihadiri Menteri Besar Johor Hasni Mohammad. 

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu. 

Encik Ismail Sabri turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Sultan Ibrahim.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan