Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sukan Asia: Pesilat Sheik Ferdous mara ke pusingan akhir kelas 85-90 kilogram

Pesilat Singapura, Sheik Ferdous Sheik Alauddin mara ke pusingan akhir bagi acara lelaki kelas 85 hingga 90 kilogram.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2018 10:08PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 10:16PM

JAKARTA: Pesilat Singapura, Sheik Ferdous Sheik Alauddin mara ke pusingan akhir bagi acara lelaki kelas 85 hingga 90 kilogram.

Ini sekaligus menjaminkan sekurang-kurangnya satu pingat perak bagi Singapura dalam sukan yang membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia pada Ahad (26 Ogos).

Di peringkat separuh akhir, Sheikh Ferdous berentap dengan Muhammad Robial Sobri dari Malaysia.

Pesilat berusia 22 tahun itu terbukti lebih hebat meskipun lawannya lebih berpengalaman.

Malah Robial sudah mengalahkan adik Ferdous, Sheik Farhan, dalam percunaan merebut pingat emas dalam kategori 80 hingga 85 kilogram.

Ferdous menewaskan Malaysia untuk menang 5-0.

"Saya sudah bertemu dengan lawan saya dari Malaysia sudah dua kali. Dan dua-dua kali itu saya tewas. Jadi kali ini, jurulatih saya sudah menyediakan saya untuk bagaimana menentang lawan saya itu. Alhamdulillah, saya dapat menggunakan apa yang sudah diajar oleh jurulatih saya dan saya menang," kata pesilat Singapura, Sheik Ferdous Sheik Alauddin.

Beliau akan berhadapan dengan Aji Pangkit Pamung-kas dari Indonesia pada Rabu ini (29 Ogos).

Sementara itu, Sheik Farhan dikalahkan oleh pesilat Vietnam Nguyen Van Tri 5-0 dalam acara Kelas Tanding Lelaki J, 90 hingga 95 kilogram semasa peringkat separuh akhir.

Farhan cedera dalam pertarungan sebelumnya dan beliau juga menerima rawatan perubatan di Indonesia.

Meskipun berdepan rintangan, Farhan akan pulang dengan sebuah pingat gangsa yang diberikan kepada semua pemain separuh akhir yang kalah.

Seorang lagi pesilat negara, Nurul Shafiqah Mohd Saiful, memenangi pingat pertama Singapura dalam pertandingan Silat Sukan Asia ini.

Pesilat berusia 24 tahun itu akan membawa pulang pingat gangsa selepas tewas 4-1 kepada pesilat Vietnam, Tran Thi Them dalam Kelas Tanding Wanita B, 50 hingga 55 kilogram di separuh akhir. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan