Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sukan Asia 2018: S'pura raih pingat pertama bagi renang gaya bebas 4x200m lelaki

Team Singapore mendapat pingat pertama di Sukan Asia 2018 pada Isnin (20 Ogos) setelah pasukan perenang lelaki merangkul pingat gangsa dalam acara gaya bebas 4x200m.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan Asia 2018: S'pura raih pingat pertama bagi renang gaya bebas 4x200m lelaki

Team Singapore. (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 09:58PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 10:01PM

JAKARTA: Team Singapore mendapat pingat pertama di Sukan Asia 2018 pada Isnin (20 Ogos) setelah pasukan perenang lelaki merangkul pingat gangsa dalam acara gaya bebas 4x200m.

Pasukan negara yang terdiri daripada Joseph Schooling, Quah Zheng Wen, Danny Yeo dan Jonathan Tan mencatat masa 7:14.15s untuk menduduki tempat ketiga di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno di Jakarta.

Pasukan Singapura mencatat masa 7:26:62s semasa peringkat saringan pada pagi Isnin (20 Ogos) dan menduduki tempat ketiga dalam kalangan 10 pasukan, sekaligus berjaya melayakan diri ke peringkat akhir.

Tan, 16 tahun, bertanding di Sukan Asia buat pertama kali.

Perenang veteran Yeo, 28 tahun, merupakan sebahagian daripada pasukan yang mencatat masa 7:25:46s semasa meraih pingat gangsa di edisi Sukan Asia di Incheon. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan