Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suhu M'sia jatuh bawah 22°C disebabkan monsun; Petaling Jaya serendah 21.6°C

Bahagian barat Semenanjung Malaysia mengalami cuaca lebih sejuk daripada biasa pada Jumaat (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Suhu M'sia jatuh bawah 22°C disebabkan monsun; Petaling Jaya serendah 21.6°C

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 13 Jan 2018 01:06PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 01:10PM

KUALA LUMPUR: Bahagian barat Semenanjung Malaysia mengalami cuaca lebih sejuk daripada biasa pada Jumaat (12 Jan).

Ini disebabkan monsun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu menyatakan fenomena tersebut disebabkan monsun timur laut yang menjejas bahagian pantai timur semenanjung, menurut laporan media tempatan, The Star.

"Musim hujan di daerah itu meniup angin timur laut dan awan ke arah barat," menurut jabatan itu lagi, menjelaskan suhu yang rendah secara konsisten dan juga sebab mengapa matahari jarang kelihatan akhir-akhir ini.

Kawasan Klang Valley mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh beberapa bulan, dengan susu serendah 22 darjah selsius.

Menurut laman jabatan itu, balai meteorologi Petaling Jaya mencatat suhu minimum serendah 21.6 darjah selsius.

Perdana Menteri Najib Razak juga memberikan komen mengenai cuaca sejuk, berbanding suhu di Jeddah di mana beliau berada baru-baru ini bagi lawatan kerja selama lima hari.

Cuaca sejuk tersebut bagaimanapun dijangka berakhir esok (14 Jan), menurut jabatan itu.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia melahirkan kegembiraan mereka mengenai cuaca sejuk, dengan sebahagian daripada mereka menyifatkannya sebagai musim sejuk di negara barat atau 'winter'.

Singapura turut menikmati cuaca lebih sejuk daripada biasa, dengan suhu dicatat bawah 22 darjah selsius.

Pada 10 Januari, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran bahawa keadaan monsun akan menyebabkan angin dan hujan yang lebih kerap, selama beberapa hari.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan