Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suhu lautan dunia meningkat pada rentak lebih pantas

Suhu air laut meningkat pada rentak yang lebih pantas, sedang pemanasan bumi mengancam pelbagai jenis hidupan laut dan bekalan makanan utama bagi planet ini, menurut para pengkaji pada Khamis (10 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Suhu lautan dunia meningkat pada rentak lebih pantas

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 10:18AM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 10:21AM

TAMPA: Suhu air laut meningkat pada rentak yang lebih pantas, sedang pemanasan bumi mengancam pelbagai jenis hidupan laut dan bekalan makanan utama bagi planet ini, menurut para pengkaji pada Khamis (10 Jan).

Penemuan dalam jurnal Sains Amerika Syarikat, yang diterajui oleh Akademi Sains China, menyangkal laporan-laporan sebelum ini yang menggambarkan pemanasan bumi terhenti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Teknologi terkini menunjukkan tiada pemberhentian sedemikian berlaku, lantas menimbulkan kebimbangan baru mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap penimbal utama planet - iaitu lautan.

"Pemanasan laut adalah satu penunjuk sangat penting bagi perubahan iklim, dan kami mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan suhu lautan sedang meningkat lebih pantas daripada yang disangkakan sebelum ini," kata pengarang bersama kajian tersebut Zeke Hausfather, pelajar pengajian siswazah di Energy and Resources Group, Universiti California, Berkeley.

Kira-kira 93 peratus lebihan haba - terperangkap di sekeliling Bumi oleh gas rumah hijau yang dijana melalui pembakaran bahan api fosil - terkumpul dalam lautan dunia.

Penelitian baru menunjukkan pemanasan di lautan mengikut kadar kenaikan suhu udara.

Jika tiada apa-apa yang dilakukan untuk mengurangkan gas rumah hijau, "model-model yang dikaji itu meramalkan bahawa suhu lautan dunia sehingga sedalam 2,000 meter akan meningkat 0.78 °C menjelang hujung abad ini," katanya.

Pengembangan termal - iaitu air yang mengembang semasa dipanaskan - akan menaikkan paras laut setinggi 30 sentimeter. Ini lebih tinggi daripada sebarang peningkatan pada paras air laut yang disebabkan oleh pencairan bongkah batu dan kepingan ais.

"Meskipun 2018 adalah tahun keempat terpanas bagi permukaan (Bumi), ia adalah tahun paling panas di lautan, seperti yang dialami pada 2017 dan 2016 sebelum ini," kata Encik Hausfather.

"Tanda-tanda pemanasan bumi lebih mudah dikesan jika ia merubah suhu air laut berbanding permukaan bumi."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan