Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sudu simbol baru 'kebebasan' bagi rakyat Palestin

Selain bendera dan sepanduk, sudu juga kini menjadi lambang tetangan rakyat Palestin selepas beberapa tahanan berjaya meloloskan diri daripada penjara Israel dengan menggunakan perkakas itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sudu simbol baru 'kebebasan' bagi rakyat Palestin

Para penunjuk perasaan warga Palestin memegang sudu ketika berhadapan dengan pasukan keselamatan Israel di perkampungan Beita di Tebing Barat pada 10 Sep 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Sep 2021 08:04AM Dikemas Kini : 18 Sep 2021 08:05AM

BAITULMAKDIS: Selain bendera dan sepanduk, sudu juga kini menjadi lambang tetangan rakyat Palestin selepas beberapa tahanan berjaya meloloskan diri daripada penjara Israel dengan menggunakan perkakas itu.

Apabila enam militan Palestin melarikan diri melalui satu terowong pada 6 September daripada Penjara Gilboa yang dikatakan mempunyai tahap keselamatan tinggi, gambar-gambar dikongsikan di media sosial dengan tanda pagar 'sudu ajaib' (miraculous spoon), menunjukkan lubang-lubang yang digali di kaki sinki serta di luar penjara.

Namun, persoalan sama ada benar atau tidak perkakas itu digunakan untuk meloloskan diri masih belum jelas.

Kemudian pada Rabu (15 Sep), peguam bela kepada seorang tahanan yang ditangkap semula memberitahu AFP anak guamnya, Mahmud Abdullah Ardah, berkata dia menggunakan sudu, piring dan malah juga pemegang cerek untuk menggali terowong dari sel tahanan.

Dia mula menggali terowong untuk meloloskan diri daripada institusi di utara Israel itu pada Disember, kata peguam Roslan Mahajana.

Mahmud adalah salah seorang daripada empat tahanan Palestin yang ditangkap semula selepas tentera mengerahkan anggota-anggotanya ke petempatan Tebing Barat sebagai sebahagian daripada pemburuan besar-besaran.

Kesemua enam tahanan itu dituduh merancang atau melancarkan serangan terhadap warga Israel.

Dua lelaki masih bebas berikutan pelolosan yang jarang sekali berlaku. Israel sudahpun memulakan siasatan ke atas kelemahan-kelemahan yang membawa kepada insiden memalukan itu, yang dilihat oleh warga Palestin sebagai satu "kemenangan".  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan