Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sudah diberi amaran tapi degil; 3 nelayan maut gara-gara makan telur ikan buntal

Dua nelayan Myanmar meninggal dunia manakala seorang lagi dikejarkan ke sebuah hospital dan semuanya gara-gara mereka memakan telur ikan buntal.

Anggaran Waktu Membaca:
Sudah diberi amaran tapi degil; 3 nelayan maut gara-gara makan telur ikan buntal

Gambar hiasan ikan buntal. (Gambar: RICHARD A. BROOKS / AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2018 06:52PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 06:55PM

NAKHON SI THAMMARAT: Dua nelayan Myanmar meninggal dunia manakala seorang lagi dikejarkan ke sebuah hospital dan semuanya gara-gara mereka memakan telur ikan buntal.

Demikian menurut laporan Bangkok Post.

Dua nelayan yang meninggal dunia hanya dikenali dengan nama Shwe dan Tal. Mereka memakan telur ikan buntal yang baru ditangkap semasa pergi memancing, kapten kapal Kra Saesin 31, Wirat Sriwirat memberitahu Ketua Polis Chokdee Rakwattnapong semalam (23 Feb).

Seorang lagi rakyat Myanmar, yang dikenal pasti sebagai Suu Kyi, berada dalam keadaan kritikal meskipun beliau hanya menjamah sedikit sahaja telur ikan buntal tersebut, tambah Encik Wirat seperti yang ditukil laman Bangkok Post.

Menurut kapten kapal itu beliau sudah memberi amaran kepada anak kapalnya itu supaya jangan memakan ikan beracun tersebut dan juga telurnya.

Malangnya mereka tidak menghiraukan amaran itu, lapor Bangkok Post.

Kira-kira 30 minit kemudian, Tal mula muntah-muntah, tidak sedarkan diri dan meninggal dunia manakala Shwe meninggal dunia tiga jam kemudian, tambah beliau.

Encik Wirat segera menghubungi polis dan diiringi polis marin kembali ke pantai sebelum para mangsa dikejarkan ke Hospital Si Chon.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan