Suami Ratu Elizabeth selamat disemadikan
United Kingdom memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip yang disemadikan pada Sabtu (17 Apr).
BRITAIN: United Kingdom memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip yang disemadikan pada Sabtu (17 Apr).
Beliau meninggal dunia pada 9 April lalu pada usia 99 tahun.
Hanya 30 orang menghadiri upacara keagamaan di gereja St George, di tengah-tengah kawalan mencegah penularan COVID-19.
Ia juga kali pertama cucu Ratu Elizabeth, Putera Harry, kembali ke UK sejak melepaskan tugasan sebagai keluarga diraja dan berpindah ke California setahun lalu.
Ratu Elizabeth juga kelihatan duduk bersendirian dan bertafakur sepanjang upacara itu yang diakhiri dengan lagu kebangsaan dimainkan.
Upacara persemadian itu mengakhiri tempoh berkabung lapan hari bagi mendiang Putera Philip.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.