Images
  • duke

Suami Ratu Elizabeth berhenti memandu pada usia 97 tahun

LONDON: Duke of Edinburgh, membuat keputusan untuk berhenti memandu pada usia 97 tahun.

Ini selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kurang sebulan yang lalu, mengakibatkan dua wanita cedera.

Menurut kenyataan Istana Buckingham, suami Ratu Elizabeth II itu "menyerahkan lesen memandu beliau secara sukarela".

Beliau terlibat dalam satu kemalangan pada 17 Januari lalu.

Dua wanita terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan.

Seorang bayi sembilan bulan yang berada di dalam kereta bersama dua wanita itu bagaimanapun tidak cedera.

Duke of Edinburgh itu kemudian didapati memandu dua hari selepas itu tanpa memakai tali pinggang keledar.

Polis menyatakan Raja Philip sudah diberikan "nasihat" atas kelakuan beliau.

- Agensi berita/RU/na

Top