Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri warga Rusia ditahan kerana lambung bayi 4 bulan

Pasangan suami isteri warga Rusia yang melambung bayi mereka berusia empat bulan dalam satu persembahan jalanan di Bukit Bintang, ditahan polis hari ini (4 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri warga Rusia ditahan kerana lambung bayi 4 bulan

Petikan gambar daripada video Facebook yang menunjukkan seorang lelaki melambung bayi.

Diterbitkan : 04 Feb 2019 11:43PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 11:48PM

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri warga Rusia yang melambung bayi mereka berusia empat bulan dalam satu persembahan jalanan di Bukit Bintang, ditahan polis hari ini (4 Feb).

Ketua Polis Kuala Lumpur Encik Mazlan Lazim berkata pasangan pelancong dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini ditahan bersama anak perempuan mereka selepas polis menerima laporan orang awam.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia 28 tahun dan 27 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Pasangan suami isteri itu sudah masuk ke Malaysia pada 1 Jan lepas dari Thailand turut melakukan aksi yang sama di negara berkenaan.

“Kami akan reman mereka pada esok manakala kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya di kempen Op Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina 2019 di Plaza Tol Jalan Duta.

Menurut Encik Mazlan, bayi berkenaan dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semalam (3 Feb), media melaporkan mengenai video yang menunjukkan seorang bayi dilambung dengan kedua-dua kakinya dipegang dalam satu persembahan jalanan di Kuala Lumpur. Video berdurasi 90 saat itu memaparkan gambar seorang lelaki berseluar pendek dan berbaju putih menghayun seorang bayi di atas kepalanya.

Pasangan suami isteri yang melakukan aksi melambung bayi di Changkat, Bukit Bintang, bagaimanapun dilaporkan berkata tindakan itu hanyalah satu senaman untuk bayi mereka.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan