Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri maut dikelar anak dipercayai pengamal ajaran sesat

Sepasang suami isteri maut dipercayai dikelar oleh anak lelaki mereka di kampung Kemahang Hulu, Benta, Lipis, dalam kejadian tengah malam tadi (5 Okt), lapor AstroAWANI.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri maut dikelar anak dipercayai pengamal ajaran sesat

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 09:52AM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 09:53AM

KUANTAN: Sepasang suami isteri maut dipercayai dikelar oleh anak lelaki mereka di kampung Kemahang Hulu, Benta, Lipis, dalam kejadian tengah malam tadi (5 Okt), lapor AstroAWANI.

Mayat Mohammad Maasai, 68 tahun, dan isterinya, Zailan Zainudin, 64 tahun, ditemui selepas penduduk kampung menahan anak pasangan tersebut yang dalam keadaan bogel serta berlumuran darah kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azly Mohd Noor, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu menggunakan senjata golok untuk mengelar leher dan menetak kedua-dua mangsa.

Pihak polis, katanya, menerima aduan kira-kira jam 11.55 malam pada Isnin lalu dan hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika suspek dan mangsa berbual di ruang tamu rumah mereka.

Suspek dipercayai bertindak mengambil golok dari biliknya dan menetak leher mangsa ekoran berlaku perselisihan mengenai ilmu agama dan hal ketuhanan.

Ibu suspek yang cuba menghalang tindakan suspek turut menjadi mangsa apabila ditikam dan ditetak pada bahagian leher serta badan, lapor AstroAWANI.

Penduduk kampung, yang bergegas ke rumah tersebut selepas menahan suspek, mendapati mayat bapa suspek ditemui terbaring dan berlumuran darah di dalam rumah manakala mayat ibu suspek pula ditemui berhampiran pagar rumah.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan