Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri maut, anak cedera dalam perjalanan pulang untuk berbuka

Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka cedera ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di Kampung Tempinis dekat Renek semalam (8 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri maut, anak cedera dalam perjalanan pulang untuk berbuka

Keadaan kemalangan di Kampung Tempinis dekat Renek, Besut, Terengganu petang semalam (8 Jun). (Gambar: Kosmo!)

Diterbitkan : 09 Jun 2018 01:24PM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:54PM

BESUT: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka cedera ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di Kampung Tempinis dekat Renek semalam (8 Jun).

Mangsa dikenali sebagai Mat Halimi Ibrahim, 31 yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan isterinya yang membonceng dikenali sebagai Nik Malini Nik Omar, 31 dan anak mereka yang cedera, Mohd Haziq Daniel yang juga murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Tempinis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sebelum kemalangan berlaku, pasangan suami isteri itu bersama anaknya pergi ke bazar Ramadan di Kampung Tembila kira-kira lima kilometer dari tempat nahas berlaku untuk membeli juadah berbuka puasa.

Katanya, setelah itu ketiga-tiga mangsa pulang ke rumah mereka yang terletak di Kampung Tempinis melalui jalan Kampung Tembila-Kampung Renek untuk membuat persiapan berbuka puasa.

“Ketika motosikal yang dinaiki tiga beranak itu sampai di Kampung Tempinis tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback yang datang dari arah bertentangan, dipandu oleh Mohd Noor Zakiman Ibrahim, 49, terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki tiga beranak itu”, katanya kepada para wartawan hari ini (9 Jun).

Encik Mohd Zamri berkongsi bahawa akibat perlanggaran itu Encik Mat Halimi meninggal dunia di tempat kemalangan manakala isterinya meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Jabi kira-kira 30 minit kemudian.

“Anak mangsa Mohd Haziq Daniel pula telah dibawa ke Hospital Daerah Besut setelah diberikan rawatan awal di Klinik Kesihatan Jabi. Bagaimanapun keadaannya dikatakan stabil”, ujar Encik Mohd Zamri lagi.

Katanya, kematian kedua suami isteri itu adalah disebabkan patah leher dan cedera teruk pada tulang rusuk dan kaki. Bagaiamanapun pemandu kereta berasal dari Kampung Jabi hanya mengalami kecederaan di kepala.

Beliau selanjutnya berkata bahawa kes kemalangan itu disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan