Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri hadapi 5 tuduhan tipu pakej umrah

Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini (2 Ogos), masing-masing atas lima tuduhan menipu dan bersuhabahat menipu pakej umrah membabitkan jumlah kerugian RM53,224 (S$17,800).

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri hadapi 5 tuduhan tipu pakej umrah

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 02 Aug 2018 03:58PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 02:43AM

TEMERLOH: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini (2 Ogos), masing-masing atas lima tuduhan menipu dan bersubahat menipu pakej umrah membabitkan jumlah kerugian RM53,224 (S$17,800).

Kedua-dua tertuduh, Encik Ishak Hasan, 40 tahun, dan isterinya Cik Elmirushuhada Amerudi, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Temerloh Tei Pei Si.

Mengikut kertas pertuduhan, Encik Ishak dan Cik Elmirushuhada didakwa melakukan kesemua perbuatan tersebut dari bulan Mei hingga Julai tahun lalu di Balai Raya Felda Lakum dan Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum, Lanchang.

Encik Ishak dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Cik Elmirushuhada pula didakwa mengikut Seskyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen yang sama.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor M Sutakar manakala tertuduh diwakili peguam M Varunchelvam.

Inspektor Sutakar kemudian memohon kepada mahkamah untuk menetap satu tarikh sebutan semula selain membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 (S$3,300) bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun Inspektor Varunchelvam merayu mahkamah agar membenarkan jumlah jaminan yang lebih ringan memandangkan tertuduh pertama hanya berpendapatan RM800 (S$260) sebulan.

Beliau berkata Encik Ishak mempunyai tanggungan dua orang isteri serta tiga orang anak selain ibu bapa yang berusia lebih 70-an manakala Cik Elmirushuhada pula hanya suri rumah dan mempunyai seorang anak berusia setahun tujuh bulan.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 (S$1,600) bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh juga dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Sungai Buloh sebelum 10 haribulan setiap bulan sehingga perbicaraan selesai. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan