Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri ditemui mati dengan kesan tikaman

Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dalam kebakaran di Taman Desa Melati di sini, tengah malam tadi (24 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri ditemui mati dengan kesan tikaman

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 25 Jul 2019 02:01PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 02:03PM

NILAI: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dalam kebakaran di Taman Desa Melati di sini, tengah malam tadi (24 Jul).

Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop berkata siasatan awal terhadap kedua-dua mangsa yang sudah tinggal selama 10 tahun di situ turut mendapati terdapat kesan tikaman dan kelar pada tubuh mangsa.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Encik Tan Kim Joo, 73 tahun, dan Cik Ng Chong Hwa, 67 tahun.

“Kita menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada pukul 10.45 malam yang menyatakan dua mayat dijumpai dengan kesan tikaman dan kelar dalam kejadian kebakaran di rumah mangsa.

“Kita percaya kes ini ada kaitan dengan jenayah,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Negeri Sembilan di sini, hari ini (25 Jul).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan