Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami ceraikan isteri selepas hanya 15 minit berkahwin

Baru sahaja bergelar suami isteri selama 15 minit, si suami memutuskan untuk menceraikan isterinya gara-gara berasa tersinggung selepas bapa mertua seolah-olah memaksa bayar baki wang hantaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami ceraikan isteri selepas hanya 15 minit berkahwin

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 01 Jun 2018 11:28AM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 11:30AM

DUBAI: Baru sahaja bergelar suami isteri selama 15 minit, si suami memutuskan untuk menceraikan isterinya gara-gara berasa tersinggung selepas bapa mertua seolah-olah memaksa bayar baki wang hantaran.

Begitulah kekecohan di satu pejabat syariah di Dubai seperti yang dilaporkan Gulf News.

Timbul salah faham mengenai wang hantaran yang dipersetujui untuk dibayar kepada bapa pengantin wanita.

Lelaki yang baru berkahwin itu bersetuju untuk membayar 100,000 dirham (S$36,000) kepada bapa pengantin perempuan dengan dua kali bayaran.

Dalam perjanjian, separuh daripada jumlah itu perlu dibayar pada hari pernikahan mereka di pejabat syariah dan selebihnya selepas majlis selesai dijalankan.

Menurut Gulf News, pengantin lelaki sudahpun membuat bayaran awal seperti yang dijanjikan. Namun, sebaik sahaja majlis selesai, bapa mertuanya terus menuntut separuh bayaran lagi.

Lelaki berkenaan meminta bapa mertuanya menunggu hanya lima minit untuk mengambil baki wang tersebut di dalam keretanya tetapi bapa mertuanya tidak membenarkan beliau keluar dari tempat itu. Lebih memburukkan keadaan lagi, bapa pengantin perempuan meminta sesiapa antara ahli keluarga atau rakannya untuk mengambil wang berkenaan dengan segera.

Sikap bapa pengantin perempuan itu membuatkan lelaki tersebut berasa tersinggung lalu menceraikan pasangannya serta-merta selepas 15 minit bergelar suami isteri, lapor Gulf News.

Menurut peguam yang mengendalikan kes itu, anak guamnya turut memberitahu bapa pengantin wanita tersebut bahawa beliau enggan menjadikan anaknya sebagai isteri beliau lagi. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan