Images
  • faxai typhoon japan damage
    Rumah-rumah rosak akibat Taufan Faxai yang melanda Jepun (Gambar: Kyodo/via Reuters)

Strok haba ragut nyawa 2 orang di Jepun

TOKYO: Strok haba meragut nyawa dua orang di Jepun, sedang hampir setengah juta rumah terputus bekalan elektrik.

Ini disebabkan Taufan Faxai yang membadai Tokyo dan daerah berhampiran, Isnin lalu.

Suhu mencecah 35 darjah Celsius di Tokyo dan daerah berhampiran sesudah dibadai Taufan Faxai.

Seorang wanita berusia 93 tahun dan seorang lelaki berusia 65 tahun ditemui tidak bernyawa di rumah masing-masing akibat strok haba semalam (10 Sep).

Sekurang-kurangnya 48 orang lagi dihantar ke hospital setelah mengalami gejala strok haba.

Sekitar 84,000 rumah tidak mempunyai bekalan air kerana beberapa loji air tidak mempunyai kuasa, tetapi bekalan air sedang beransur-ansur pulih.

Lori-lori tangki air pula dikerahkan dengan bantuan tentera Jepun.

Taufan Faxai membadai Tokyo tanpa amaran, mengakibatkan ribuan orang di Tokyo melarikan diri daripada rumah-rumah mereka.

Di wilayah Chiba pula, perjalanan kereta api di kedua-dua arah hab pengangkutan yang digantung, menyebabkan sekitar 17,000 orang terkandas di Lapangan Terbang Narita.  

- AFP/HA/NA/tq

Top