Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Status Gunung Merapi pada tahap 'waspada' susuli letusan seketika

Indonesia mengeluarkan amaran kepada para pelancong dan penduduk supaya jangan berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada pagi Khamis (13 Feb), lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Anggaran Waktu Membaca:
Status Gunung Merapi pada tahap 'waspada' susuli letusan seketika

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 10:22PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 10:26PM

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran kepada para pelancong dan penduduk supaya jangan berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada pagi Khamis (13 Feb), lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Indonesia untuk Bencana Geologi (BPPTKG), gunung berapi itu meletus selama dua minit, bermula 5.16 pagi (waktu tempatan).

Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 meter, yang boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan.

Terletak di sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi itu aktif sejak kebelakangan ini dengan letusan terakhir dilaporkan pada 4 Jan.

Walaupun letusan berlaku seketika, BPPTKG tetap meletakkan amaran pada tahap "waspada".

Indonesia adalah antara negara yang sering dilanda bencana letusan gunung berapi dan gempa bumi kerana terletak di "Lingkaran Api Pasifik".

Pada 2018, negara itu dilanda sebanyak 11,577 gempa bumi, yang mengorbankan banyak nyawa.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan