Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka siap sedia hadapi tumpahan minyak dari kapal kargo karam

Pihak berkuasa Sri Lanka pada Khamis (3 Jun) bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku tumpahan minyak selepas  kapal kargo yang sarat berisi kimia karam di pantai baratnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka siap sedia hadapi tumpahan minyak dari kapal kargo karam

Kapal kontena berdaftar di Singapura, MV X-Press Pearl, karam selepas terbakar selama hampir dua minggu di luar pelabuhan Colombo pada 2 Jun 2021. (Gambar: Ishara S Kodikara/AFP)

Diterbitkan : 03 Jun 2021 07:36PM Dikemas Kini : 03 Jun 2021 07:38PM

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka pada Khamis (3 Jun) bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku tumpahan minyak selepas kapal kargo yang sarat berisi kimia karam di pantai baratnya.

Kapal berdaftar di Singapura itu, MV X-Press Pearl, membawa 1,486 kontena termasuk 25 tan asid nitrik bersama-sama bahan kimia dan komestik lain. Ia berlabuh di bandar pelabuhan Negombo apabila kebakaran berlaku ekoran satu letupan pada 20 Mei lalu.

Kontena-kontena yang terbakar berisi kimia jatuh ke dalam laut sedang anak kapal kecemasan berusaha untuk mengawal api yang marak selama dua minggu.

Kapal itu mula tenggelam pada Rabu dan anak kapal penyelamat telah cuba untuk menundanya ke laut dalam, jauh dari pesisir pantai, namun percubaan itu dibatalkan setelah bahagian belakang kapal berkenaan menyentuh dasar laut.

Menurut pengendali kapal itu, X-Press Feeders, dalam satu kenyataan hari ini bahawa masih tidak ada tanda-tanda kebocoran minyak dari kapal berkenaan. Ia menambah kebanyakan kargo beracun sudahpun hangus dalam kebakaran itu.

"Para penyelamat tetap berada di tempat kejadian untuk menangani kemungkinan serpihan kapal dengan disokong oleh Tentera Laut Sri Lanka dan Pengawal Pantai India, yang memiliki keupayaan tindak balas tumpahan minyak dalam keadaan siap siaga," tambah kenyataan itu.

Bagaimanapungambar daripada pengawal pantai negara itu menunjukkan lapisan hijau di kawasan laut di sekeliling kapal berkenaan. Selain itu, berjuta-juta sisa plastik mencemari kawasan pantai dan tempat memancing di sekitarnya, memaksa pemerintah untuk melarang kegiatan memancing di sepanjang 80 kilometer kawasan pantai itu.

Pemerintah menyatakan ia akan meminta ganti rugi atas kejadian tersebut.

Pada Khamis, pihak berkuasa Singapura menyatakan ia sudah memulakan siasatannya sendiri berhubung insiden itu.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan