Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka kenakan perintah berkurung

Wilayah Barat Laut Sri Lanka (NWP) terus dikenakan perintah berkurung malam hari untuk satu tempoh yang belum ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 03:51PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:24PM

COLOMBO: Wilayah Barat Laut Sri Lanka (NWP) terus dikenakan perintah berkurung malam hari untuk satu tempoh yang belum ditetapkan.

Ia menyusuli rusuhan anti Islam di wilayah itu semalam (13 Mei) yang menyebabkan seorang lelaki Muslim terbunuh.

Puluhan kedai milik orang-orang Muslim dibakar manakala rumahserta masjid dirosakkan para perusuh.

Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata pasukan keselamatan sudahpun berjaya mengawal keganasan itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, masih ada kumpulan-kumpulan yang cuba mendalangi keganasan kaum di wilayah NWP.

Pemangku Ketua Polis Sri Lanka memberi amaran bahawa mereka yang melanggar perintah berkurung itu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Ketegangan antara penduduk Islam dan Kristian di negara itu semakin buruk sejak kumpulan pengganas ISIS mengaku melakukan siri serangan ke atas beberapa buah gereja dan hotel di Sri Lanka pada Hari Easter lalu.

Namun, perintah berkurung malam hari di wilayah-wilayah lain Sri Lanka dilonggarkan.

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan