Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka berkas 19 orang selepas tercetus keganasan agama, 4 cedera

Polis Sri Lanka memberkas 19 orang selepas tercetus pertempuran antara golongan "pelampau" daripada masyarakat majoriti penganut Buddha dengan kaum minoriti Muslim yang menyebabkan empat orang cedera, menurut seorang jurucakap hari ini (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka berkas 19 orang selepas tercetus keganasan agama, 4 cedera

Gambar fail.

Diterbitkan : 18 Nov 2017 06:26PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 06:37PM

COLOMBO: Polis Sri Lanka memberkas 19 orang selepas tercetus pertempuran antara golongan "pelampau" daripada masyarakat majoriti penganut Buddha dengan kaum minoriti Muslim yang menyebabkan empat orang cedera, menurut seorang jurucakap hari ini (18 Nov).

Ketegangan semakin memuncak antara kedua-dua masyarakat itu pada tahun ini selepas kumpulan tegar Buddha menuduh masyarakat Muslim memaksa orang lain memeluk Islam dan merosakkan tapak-tapak bersejarah Buddha.

Sesetengah rakyat Sri Lanka yang beragama Buddha juga membantah kehadiran para pencari suaka di negara itu yang kebanyakannya adalah pelarian Rohingya dari Myanmar.

Polis menyatakan bahawa keganasan yang berlaku di bandar Ginthota semalam (17 Nov) tercetus akibat khabar angin dan mesej palsu di media sosial.

"Ini merupakan pertempuran antara golongan pelampau dari kedua-dua masyarakat etnik itu," kata jurucakap polis Ruwan Gunasekera kepada Reuters.

Salah seorang yang diberkas adalah seorang wanita yang menyebarkan berita palsu mengenai orang Islam yang didakwa sudah bersiap sedia untuk menyerang sebuah kuil Buddha, katanya.

"Kami memutuskan untuk menangkap mereka yang menyebarkan berita palsu dan khabar angin di media sosial."

Pemerintah pimpinan Presiden Maithripala Sirisena dikutuk oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan para diplomat kerana tidak bertindak tegas terhadap kumpulan-kumpulan tegar di negara itu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan