Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka akan saman pemilik kapal berdaftar di S'pura kerana cetus pencemaran paling buruk

Pihak berkuasa Sri Lanka pada Ahad (30 Mei) menyatakan ia akan menyaman pemilik kapal kargo berdaftar di Singapura yang terbakar selama 11 hari berturut-turut berhampiran pantai barat negara itu, menyebabkan antara pencemaran marin terburuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka akan saman pemilik kapal berdaftar di S'pura kerana cetus pencemaran paling buruk

Kepulan asap tebal dari kapal MV X-Press Pearl berdaftar di Singapura, yang berada di perairan Sri Lanka pada 26 Mei 2021 (Gambar: AFP/Sri Lanka Air Force)

Diterbitkan : 31 May 2021 08:59AM Dikemas Kini : 31 May 2021 09:00AM

NEGOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka pada Ahad (30 Mei) menyatakan ia akan menyaman pemilik kapal kargo berdaftar di Singapura yang terbakar selama 11 hari berturut-turut berhampiran pantai barat negara itu, menyebabkan antara pencemaran marin terburuk.

Polis menyatakan siasatan jenayah juga dijalankan terhadap kebakaran di atas kapal MV X-Press Pearl yang membawa 25 tan asid nitrik dan sejumlah besar bahan mentah plastik.

Kebakaran besar yang masih menyala di bahagian belakang kapal sepanjang 186 meter itu memusnahkan kebanyakan kargonya dengan ada antaranya jatuh ke dalam Lautan Hindi.

Bertan-tan butir mikroplastik turut membanjiri pantai Sri Lanka yang terkenal itu sehingga terpaksa melarang penangkapan ikan dan mencetuskan kebimbangan terhadap kerosakan ekologi.

Penguasa Perlindungan Persekitaran Marin (MEPA) Sri Lanka menyatakan ia bertemu dengan peguam negara Sanjaya Rajaratnam pada Ahad untuk merancang tindakan undang-undang terhadap para pemilik kapal itu, anak kapalnya serta syarikat insuransnya.

"Kami sudah meneliti perinciannya dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab," kata Pengerusi MEPA, Dharshani Lahandapura kepada wartawan di Colombo.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pihaknya masih belum membuat penilaian terhadap kerosakan alam sekitar tetapi percaya ia adalah 'pencemaran marin terburuk' di Sri Lanka.

Panglima Tentera Laut Sri Lanka, Laksamana Madya Nishantha Ulugetenne, yang turut hadir dalam pertemuan dengan Peguam Negara itu, berkata kapal X-Press Pearl masih dijilat api namun kebakaran kini terkawal.

"Ia akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran ini," katanya yang juga memaklumkan tiada kemungkinan kapal itu pecah.

Kapal berusia tiga bulan itu sedang menuju ke Colombo dari Gujarat, India. Ia sebelum itu berlabuh di Qatar serta Dubai dan dijangka ke Malaysia dan Singapura selepas berada di Colombo.

Seramai 25 anak kapal, yang sudahpun dipindahkan dari kapal berkenaan, akan disoal siasat pada Isnin, menurut polis. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan