Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Squid Game bantu lariskan kafe di Indonesia

Sebuah kafe di Indonesia tidak mahu ketinggalan memanfaatkan trend Squid Game global, dengan harapan ia dapat mendorong memulihkan perniagaan di tengah pandemik COVID-19, dengan melakonkan semula beberapa permainan daripada siri televisyen Korea Selatan popular itu di ruang kafenya.

Anggaran Waktu Membaca:
Squid Game bantu lariskan kafe di Indonesia

Pelanggan Cafe Strawberry di Jakarta, Indonesia pada 15 Okt 2021 main permainan gula-gula dalgona ala Squid Game (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 10:53PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 11:01PM

JAKARTA: Sebuah kafe di Indonesia tidak mahu ketinggalan memanfaatkan trend Squid Game global, dengan harapan ia dapat mendorong memulihkan perniagaan di tengah pandemik COVID-19, dengan melakonkan semula beberapa permainan daripada siri televisyen Korea Selatan popular itu di ruang kafenya.

Di sebuah bilik gelap dihiasi lampu neon, pelanggan disambut oleh kakitangan yang berpakaian seperti pengawal bertopeng menyeramkan persis dalam rancangan 'thriller' sembilan episod itu. Dengan memegang senjata, pengawal itu mengarah pelanggan masuk ke hujung bilik di mana permainan "lampu merah, lampu hijau" dimulakan.

Pelanggan bergerak pantas dan serta merta berhenti apabila perintah dibunyikan dalam bahasa Korea, asyik dengan permainan itu walaupun pemenang pulang dengan tangan kosong.

"Tidak semua kafe benar-benar meniru dan merekanya semula sama seperti dalam rancangan di televisyen itu. Saya rasa ia unik dan menarik sehingga semua orang dapat merasakan betapa tegangnya suasana dalam rancangan Squid Game," kata pelajar berusia 16 tahun Jennifer Susanto kepada Reuters setelah dia gagal menamatkan permainan.

Setiap hari, Cafe Strawberry, menarik lebih 200 pengunjung yang ghairah untuk ikut serta dalam permainan dari siri Netflix itu, termasuk cabaran memotong bentuk pada gula-gula Dalgona.

Pelanggan yang bertali-arus itu membantu kafe tersebut raih pendapatan tiga kali ganda sepanjang seminggu sejak melancarkan permainan itu.

"Sebelum ini, apabila ada (pemberlakuan pembatasan kegiatan masyarakat), pendapatan kami menjunam. Namun setelah PPKM dilonggarkan, penjualan kami mula pulih dan bertambah sedikit," kata Encik Putra Priyadi, 39 tahun, pemilik kafe itu.

"Namun setelah kami mulakan acara Squid Game, penjualan kami melonjak serta merta."

Drama distopia "Squid Game", mengisahkan sejumlah peserta terdesak yang mengambil bahagian dalam permainan yang boleh membawa maut semata-mata untuk memenangi 45.6 bilion won (S$51.9 juta). Minggu lalu siri itu dinobatkan sebagai siri original Netflix, terbesar dilancarkan dengan penstriman 111 juta akaun dalam masa 27 hari.

Ia sangat popular di Indonesia, di mana sememangnya drama dan filem Korea mempunyai ramai peminat.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan