Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM sita pelbagai aset berkaitan RM3.5 juta dicuri pengawal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa lagi aset berharga disyaki hasil penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) yang lalu berikutan penahanan 17 pegawai serta pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri semalam (8 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM sita pelbagai aset berkaitan RM3.5 juta dicuri pengawal

11 motosikal antara barang yang disita SPRM. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 11:29PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 11:34PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa lagi aset berharga disyaki hasil penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) yang lalu berikutan penahanan 17 pegawai serta pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri semalam (8 Ogos).

Menurut sumber SPRM, sehingga kini jumlah aset yang disita SPRM adalah wang tunai berjumlah RM978,800 (S$328,000), lima kereta, 11 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 telefon bimbit serta perkakas elektrik. 

“Lima buah kenderaan berkenaan ialah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah Honda dan sebuah Perodua Alza manakala 11 motosikal terdiri daripada lima buah berjenama Yamaha dan selebihnya berjenama Honda.

Kesemua kenderaan dan barangan yang disita tersebut kini masih dalam proses penilaian harga,” menurut sumber.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki mengesahkan kesemua penyitaan itu.

Beliau berkata pasukan penyiasat SPRM masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam (8 Ogos), kesemua suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, pada antara 2.45 hingga 3.15 petang serta disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta (S$1.17 juta). 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan