Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM siasat dakwaan sogok doktor untuk palsukan sijil vaksinasi COVID-19

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius terhadap dakwaan berlaku kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM siasat dakwaan sogok doktor untuk palsukan sijil vaksinasi COVID-19

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 Aug 2021 07:26PM Dikemas Kini : 31 Aug 2021 07:28PM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius terhadap dakwaan berlaku kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan dan jika ia benar-benar berlaku, perbuatan tersebut bukan saja menjejaskan reputasi pengamal perubatan malah mencalarkan imej mereka.

“Setakat ini, SPRM belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan namun akan menyiasat dan melakukan risikan ke atas lokasi-lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (31 Ogos).

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia Dr Steven Chow pada Rabu mendakwa beberapa ahlinya ditawarkan RM1,000 (S$324) oleh beberapa individu untuk memalsukan sijil digital vaksinasi.

Menurut Dr Steven, tidak semua individu yang membuat tawaran itu adalah golongan antivaksin malah terdapat segelintir yang memerlukan sijil berkenaan untuk melakukan perjalanan dalam tempoh segera.

Menyusuli pendedahan itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Prof Datuk Dr M Subramaniam semalam menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat laporan media berkenaan beberapa individu cuba merasuah doktor untuk mendapatkan sijil digital lengkap vaksinasi COVID-19 tanpa disuntik vaksin.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan