Images
  • sprm
    (Gambar hiasan: BERNAMA)

SPRM siasat dakwaan ADUN Sabah 'disuap' untuk lompat parti

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Pengarahnya, S.Karunanithy berkata SPRM Sabah sudah menghubungi ADUN yang dipercayai terlibat, baru-baru ini.

"Hasil interaksi itu, ADUN terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

"Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat (31 Jul).

Sebelum ini, terdapat laporan media yang mendakwa kononnya beberapa ADUN Sabah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

- BERNAMA/TQ/tq

Top