Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM serbu apartmen mewah Jho Low

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (28 Jun) menyerbu unit apartmen yang didakwa milik Jho Low berhampiran di KLCC.

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM serbu apartmen mewah Jho Low

Seorang pegawai cuba membuka pintu apartmen milik Jho Low. (Gambar: MACC)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 09:45PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 09:47PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (28 Jun) menyerbu unit apartmen yang didakwa milik Jho Low berhampiran di KLCC.

Menurut The Star Online, serbuan itu adalah hasil maklumat yang tidak dinamakan. Laporan yang memetik sumber itu mendakwa tiada barangan penting ditemukan semasa serbuan yang bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir empat jam kemudian.

Berdasarkan gambar-gambar serbuan yang diperolehi Malaysiakini, unit itu tidak didiami dan dijadikan sebagai sebuah pejabat kecil.

Malaysiakini turut difahamkan bahawa SPRM terpaksa memecah masuk ke unit berkenaan sebelum menemukan beberapa ikatan wang tunai RM100, mesin memotong kertas, papan putih dan mesin fotokopi.

Dalam pada itu, Press China, yang juga memetik sumber, mendakwa bahawa hasil maklumat datang daripada mantan pegawai Encik Najib Razak yang ditahan berhubung siasatan 1MDB awal minggu ini.

Menurut laman iproperty.com.my, harga purata untuk hartanah itu adalah RM3 juta (S$1 juta) manakala harga sewa pula adalah RM7,000 (S$2,400).

Ini premis ketujuh yang diserbu berkaitan dengan siasatan 1MDB. Sebelum ini, enam hartanah yang diserbu oleh polis juga dikaitkan dengan Encik Najib.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan