Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM sahkan terima laporan rasuah terhadap Zahid Hamidi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (16 Dis) mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM sahkan terima laporan rasuah terhadap Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 09:48PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 09:52PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (16 Dis) mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu, Julai lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata laporan tersebut dibuat pada Jumaat lalu (14 Dis).

“Ya. Memang ada ‘report’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘report’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan. 

“Baru sahaja diterima Jumaat… Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Laporan terhadap Dr Ahmad Zahid itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. 

Ia mendakwa Presiden UMNO itu menyogok anggota-anggota parti itu bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.  

Laporan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen. 

Sumber : Bernama/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan