Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM cari 4 individu berkenaan skandal 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu termasuk tiga dengan jawatan terakhir dinyatakan sebagai pegawai 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM cari 4 individu berkenaan skandal 1MDB

(Gambar: Malaysiakini)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 01:57PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 02:00PM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu termasuk tiga dengan jawatan terakhir dinyatakan sebagai pegawai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan itu.

Menurut laporan Malaysiakini, salah seorang individu yang dicari ialah Tan Kim Loong, 40 tahun, nombor kad pengenalan 780213-14-6207 dengan alamat terakhir di No 20 M Jalan 5/40 Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

Tiga lagi individu disenaraikan dengan jawatan terakhir sebagai pegawai 1MDB ialah Tan Keng Chee, 53, nombor kad pengenalan 650207-10-6975 dengan alamat terakhir di 112 Jalan 5/149G Taman Sri Endah, Kuala Lumpur; Geh Choh Heng, 47, nombor kad pengenalan 710905-10-5453 dengan alamat terakhir di 27 Jalan Setia Murni Satu Damansara Heights, Kuala Lumpur; dan Loo Ai Swan,45, nombor kad pengenalan 730613-14-5160 dengan alamat terakhirnya di 25 Jalan Beringin 2 Damansara Heights, Kuala Lumpur.

"SPRM meminta individu-individu terbabit agar tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini, seperti yang ditukil Malaysiakini.

Malaysiakini turut melaporkan bahawa SPRM turut meminta pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubungi pihaknya.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan