Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Spiderman Perancis' ditahan selepas panjat bangunan di Manila

 Pendaki bebas Perancis Alain Robert ditahan pada Selasa (29 Jan) selepas memanjat salah satu menara tertinggi di Manila, Filipina, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
'Spiderman Perancis' ditahan selepas panjat bangunan di Manila

Encik Alain Robert (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 06:04PM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 06:11PM

MANILA: Pendaki bebas Perancis Alain Robert ditahan pada Selasa (29 Jan) selepas memanjat salah satu menara tertinggi di Manila, Filipina, menurut polis.

Lelaki berusia 56 tahun yang mendapat gelaran “Spiderman Perancis” itu memanjat Menara GT setinggi 47 tinglat tanpa sebarang peralatan keselamatan, menyebabkan penonton tergamam menyaksikan aksi nekadnya itu.

"Ini cara hidup saya. Bagi saya, ia sama pentingnya dengan makan dan tidur. Saya memerlukannya. Ia membuat saya bersemangat untuk hidup," katanya kepada para wartawan selepas selesai memanjat bangunan itu.

Bagaimanapun Robert ditahan polis sebaik selesai memanjat bangunan itu, yang mengambil masa sekitar dua jam.

Beliau ditahan atas tuduhan menggangu ketenteraman awam dan menunggu keputusan diikat jamin, menurut peguamnya, Encik Howard Calleja kepada AFP pada malam Selasa.

Robert sudah memanjat lebih 100 bangunan tanpa menggunakan tali atau sebarang bantuan peralatan keselamatan, sekali gus mencipta rekod "memanjat paling banyak bangunan tanpa sebarang bantuan" menurut Buku Rekod Guiness.

Antara pencapaiannya termasuk memanjat bangunan pencakar langit dan ikonik, seperti Menara Eiffel, Sydney Opera House, Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur dan Burj Khalifa di Dubai.

Robert juga pernah memanjat Singapore Flyer di Marina Bay, roda raksasa terbesar di dunia pada 2010.

Sasarannya pada masa depan adalah untuk memanjat bangunan di Chile dan Panama. 

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan