Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SOP PRN Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan 30 Nov: KKM

Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.

Anggaran Waktu Membaca:
SOP PRN Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan 30 Nov: KKM

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 08:46PM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 08:48PM

SEREMBAN: Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak diadakan tengah hari tadi (24 Nov) mengenai pelaksanaan SOP berkenaan, dan Timbalan Menteri Kesihatan Aaron Ago Dagang telah ditugaskan menyelaras perkara itu dengan kerajaan Sarawak.

“Ada beberapa perkara perlu diperhalusi, saya telah memberi masa sehingga 30 Nov ini untuk dimuktamadkan dan kemudian ia akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan hari ini.

SPR menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 dan hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala hari pengundian awal pada 14 Disember.

Sementara itu berkenaan isu Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang dijangka memulakan siri mogok kedua di seluruh negara berkaitan masalah lantikan tetap, Khairy berkata pihaknya akan mengemukakan satu memorandum kepada Jemaah Menteri bagi mencari penyelesaian jangka masa panjang berkenaan isu itu dalam masa terdekat.

Baru-baru ini beberapa media melaporkan pergerakan Hartal Doktor Kontrak akan mengadakan satu mogok selepas mendakwa Bajet 2022 tidak menyelesaikan masalah doktor kontrak.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan