Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Solskjaer kagum Man Utd berjaya bangkit dari ambang kekalahan

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berbangga dengan skuad kendaliannya, selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana England (EPL) pada Ahad (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Solskjaer kagum Man Utd berjaya bangkit dari ambang kekalahan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 12:38PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 12:40PM

ENGLAND: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berbangga dengan skuad kendaliannya, selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana England (EPL) pada Ahad (29 Nov).

United ketinggalan 2-0 dalam separuh masa pertama sebelum Edinson Cavani mencetuskan inspirasi untuk membangkitkan semangat juang pasukan pelawat itu.

Penyerang handalan Uruguay itu masuk padang sebagai pemain gantian dan melakukan hantaran silang untuk jaringan pertama United yang disempurnakan oleh Bruno Fernandes sebelum beliau sendiri menjaringkan dua gol menerusi tandukannya di Stadium St Mary.

Bercakap selepas tamat perlawanan, pengurus itu memuji Cavani, sambil memberikan perkembangan mengenai kecederaan yang dialami oleh penjaga gawang David De Gea serta rekod lapan kemenangan berturut-turut di padang lawan.

"Sudah tentu ini adalah liga yang sukar, tetapi saya berasa bahawa ketiadaan penonton tidak memberikan kesan kepada rekod itu. Kami tidak peduli akan perkara itu, kami hanya mengambil berat tiga mata yang diperolehi.

"Cara mereka beraksi daripada mula hingga akhir permainan, anda dapat melihat mereka kekal fokus. Kami bermain untuk menghasilkan peluang, meskipun kami tidak dapat menyempurnakan semuanya, tetapi cukup untuk memastikan kemenangan," katanya lagi.

“Ia mengenai jaringan seterusnya dan memastikan ia tidak dibolosi lagi. Kami menyedari perlawanan ini melibatkan banyak jaringan. Pasukan semakin bertambah baik, kami mengetahui kemampuan kami untuk mengatasi pasukan lawan dan pemain gantian yang mampu memberikan impak. Edinson membuktikannya dalam perlawanan ini.” 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan