Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Solat Tarawih di M'sia bergantung sama ada kawalan dilanjutkan: Menteri Ehwal Agama

Keputusan mengenai pelaksanaan solat Tarawih bulan Ramadan tahun ini bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Anggaran Waktu Membaca:
Solat Tarawih di M'sia bergantung sama ada kawalan dilanjutkan: Menteri Ehwal Agama

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 Apr 2020 01:40PM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 01:45PM

PUTRAJAYA: Keputusan mengenai pelaksanaan solat Tarawih bulan Ramadan tahun ini bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Sama ada PKP yang ketiga ada atau tidak, itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan selepas itu kita akan membuat satu kenyataan berkenaan solat Tarawih dan kita akan melihat yang terbaik dalam isu ini," katanya kepada media pada Jumaat (3 Apr).

Ramadan dijangka bermula pada 24 April ini, kira-kira seminggu selepas kawalan pergerakan fasa kedua tamat iaitu pada 14 April ini, katanya selepas menyaksikan pembayaran zakat perniagaan RM2.67 juta (S$876,286) oleh Bank Rakyat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Pada majlis yang sama, Dr Zulkifli turut menerima sumbangan Tabung Musa'adah COVID-19 sebanyak RM1.5 juta (S$492,295) dari Bank Rakyat bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Rosman Mohamed berkata zakat pada tahun ini telah dipercepatkan bayarannya bagi membantu PPZ menghulurkan bantuan secepat mungkin ketika negara dilanda wabak COVID-19.

"Kita juga akan mempercepatkan pembayaran zakat ke negeri lain. Bank Rakyat juga memperuntukkan RM15,000 (S$4,922) kepada (setiap) 147 cawangan kami yang keseluruhannya berjumlah RM2.2 juta (S$722,081) bagi pengurus cawangan mencari asnaf di kawasan masing-masing yang mungkin begitu susah pada ketika ini," katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan