Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Solat Aidilfitri diadakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dengan jemaah terhad

Solat Aidilfitri tetap diadakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi hari ini (24 Mei) tetapi dengan jemaahnya yang dihadkan kepada orang-orang tertentu.

Anggaran Waktu Membaca:
Solat Aidilfitri diadakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dengan jemaah terhad

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 May 2020 06:56PM Dikemas Kini : 24 May 2020 07:03PM

MAKKAH: Solat Aidilfitri tetap diadakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi hari ini (24 Mei) tetapi dengan jemaahnya yang dihadkan kepada orang-orang tertentu.

Ini sedang kerajaan Arab Saudi masih melarang orang ramai menunaikan solat di masjid-masjid termasuk di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam usaha berterusannya bagi mengawal penularan virus COVID-19.

Bahkan kerajaan tersebut menguatkuasakan semula perintah berkurung 24 jam sepanjang cuti umum Aidilfitri di negara itu selama lima hari dari 23 Mei hingga 27 Mei ini.

Negara-negara lain di Timur Tengah seperti Mesir, Turki dan Syria juga secara amnya melarang perhimpunan bagi solat berjemaah demi membendung penularan COVID-19 di tengah-tengah sambutan Aidilfitri.

Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis juga tidak mengadakan solat Aidilfitri berjemaah atas sebab yang sama, namun menurut AFP orang ramai dibenarkan melakukan solat di luar pekarangannya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/AFP/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan