Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Skandal Tapak Bazar Ramadan: Anggota Bersatu berdepan tindakan disiplin jika bersalah

Tindakan disiplin akan diambil ke atas mana-mana anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya didapati bersalah berhubung dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewangan tapak Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Anggaran Waktu Membaca:
Skandal Tapak Bazar Ramadan: Anggota Bersatu berdepan tindakan disiplin jika bersalah

Ketua Biro Integriti Armada Nasional Dr Muhammad Faiz Na'aman menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur jika benar-benar terbukti ada anggota parti berkenaan terlibat dalam skandal itu. (Gambar: Kosmo)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 08:18PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 08:23PM

PUTRAJAYA: Ketua Biro Integriti Armada Nasional Dr Muhammad Faiz Na'aman menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur jika benar-benar terbukti ada anggota parti berkenaan terlibat dalam skandal itu.

"PPBM memandang serius mana-mana ahli menggunakan jawatan politik untuk memohon tender perniagaan atas niat membuat kebajikan atas kepentingan peribadi. Laporan SPRM ini dijangka dapat melengkapkan siasatan terhadap kes mencari kebenaran berkaitan siapa yang terlibat dan dalang sebenarnya. 

Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan telus, adil dan tegas. Andaikan benar ahli kami terlibat dalam skandal ini, tindakan displin akan diambil serta-merta," katanya ketika ditemui di luar pekarangan bangunan SPRM sebelum membuat aduan berhubung skandal itu. 

Semalam (18 Jun), Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman turut meminta SPRM dan polis menyiasat skandal itu bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Ketua Armada PPBM Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abdul Karim turut membuat aduan polis bagi mempertahankan namanya dalam isu berkenaan.

Baru-baru ini, sebuah portal mendakwa Ketua Armada PPBM Bukit Bintang itu menggunakan kuasa politik untuk mengutip jumlah sewa berlebihan daripada peniaga bazar Ramadan di Kuala Lumpur. Ekoran pendedahan itu pada 14 Jun lalu, satu aduan polis dibuat oleh Dr Muhammad Faiz yang juga anggota  Majlis Tertinggi PPBM. 

Encik Mohd Noorhisyam didakwa mengutip wang sehingga RM5,000 (S$1696) daripada peniaga bazar di Masjid India setelah didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Media melaporkan bahawa surat DBKL kepada Mohd Noorhisyam menunjukkan bahawa 80 lot telah diluluskan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238 (S$ 2116).

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan