Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siti Nurhaliza dan Datuk K sambut ulang tahun perkahwinan bersama Siti Aafiyah

Tarikh 21 Ogos merupakan ulang tahun perkahwinan ke-12 Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza dan Datuk K sambut ulang tahun perkahwinan bersama Siti Aafiyah

Siti Nurhaliza dan Datuk K bersama anak mereka. (Gambar: Instagram/ctdk)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 05:06PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 05:13PM

MALAYSIA: Tarikh 21 Ogos merupakan ulang tahun perkahwinan ke-12 Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K.

Menurut Astro Awaniulang tahun perkahwinan mereka kali ini lebih istimewa kerana mereka dapat menyambutnya bersama kehadiran puteri sulung mereka, Siti Aafiyah.

Menerusi Instagram Siti, beliau memuat naik gambar bersama anaknya dengan menyatakan ini merupakan ulang tahun perkahwinan yang pertama mereka bersama, lapor Astro Awani.

"Alhamdulillah...first time celebrating our 12th anniversary with little angle #sitiaafiyahkhalid," tulis Siti.

Rata-rata artis dan peminat turut mendoakan kebahagiaan mereka serta memuji kecomelan Aafiyah, lapor Astro Awani lagi.

Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan cahaya mata pada 19 Mac lalu. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan