Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sisa kimia Sungai Kim Kim: Polis mohon sambung reman 8 suspek

Polis akan memohon kepada Mahkamah Majistret hari ini (23 Mac) untuk menyambung perintah tahanan reman ke atas lapan suspek berhubung kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Anggaran Waktu Membaca:
Sisa kimia Sungai Kim Kim: Polis mohon sambung reman 8 suspek

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 23 Mar 2019 07:36AM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 07:38AM

JOHOR BAHRU: Polis akan memohon kepada Mahkamah Majistret hari ini (23 Mac) untuk menyambung perintah tahanan reman ke atas lapan suspek berhubung kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor Encik Mohd Khalil Kader Mohd berkata permohonan sambungan reman ke atas kesemua suspek adalah bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan.

“Kita akan mohon reman untuk sehari atau dua hari,” kata beliau.

“Kita berpuas hati dengan siasatan (tetapi), ada sedikit lagi (untuk lengkapkan kertas siasatan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan dalam akademik kepada pegawai polis dan anak-anak warga polis kaum India sempena Peringatan Hari Polis ke 212, semalam (22 Mac)

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor Encik Mohd Kamarudin Md Din.

Encik Mohd Khalil berkata demikian ketika mengulas mengenai tempoh reman suspek-suspek terbabit yang berakhir hari ini.

Pada 17 Mac lepas, sembilan lelaki ditahan berhubung insiden pencemaran itu tetapi salah seorang daripada mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis setelah didapati tiada kaitan dengan insiden pencemaran itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan