Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Singapura, Perancis kongsi hubungan luas berdasarkan perspektif bersama: Ng Eng Hen

Singapura dan Perancis berkongsi hubungan luas, produktif dan meliputi pelbagai aspek, memandangkan kedua-dua negara berkongsi perspektif serta nilai-nilai tentang dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2018 08:53PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 09:03PM

CAZAUX: Singapura dan Perancis berkongsi hubungan luas, produktif dan meliputi pelbagai aspek, memandangkan kedua-dua negara berkongsi perspektif tentang kebebasan, persamaan dan persaudaraan serta nilai-nilai tentang dunia.

Demikian menurut Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam ucapannya di acara memperingati ulang tahun ke-20 skuadron RSAF berpangkalan di Cazaux, barat daya Perancis hari ini (13 Jul).

Pangkalan udara di Cazaux terletak kira-kira setengah jam perjalanan berkenderaan dari bandar Arcachon.

Skuadron 150 RSAF berpangkalan di situ sejak 20 tahun lalu.

Skuadron itu mengendalikan jet latihan jenis M-346 yang mempunyai prestasi penerbangan hampir mirip jet-jet pejuang moden seperti F15.

Bagi menandakan ulang tahun ke-20 skuadron berpangkalan di Cazaux, Dr Ng dan Setiausaha Negara kepada Menteri Angkatan Bersenjata Perancis, Genevieve Darrieussecq merasmikan gambar khas pada ekor sebuah jet M-346.

RSAF berada di Cazaux di bawah satu perjanjian kerjasama teknikal yang membenarkan Singapura menempatkan jet-jet pejuangnya di pangkalan udara Perancis untuk menjalankan latihan.

Pada 2011, perjanjian itu dilanjutkan hingga tahun 2035.

Sejak 1998, lebih 190 juruterbang Singapura sudah berlatih di sana.

Pada Sabtu, dua juruterbang akan memandu jet M-346 di Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis.

Dr Ng berkata kerjasama Singapura dengan Perancis amat mendalam dan tidak terhad kepada penempatan di Cazaux.

"Kami bekerjasama dalam beberapa projek canggih dari segi teknologi pertahanan terutama sekali yang mana pihak kementerian pertahanan dan syarikat-syarikat pertahanan Perancis unggul serta dalam bidang-bidang seperti keselamatan siber," kata Dr Ng.

Sempena ulang tahun itu, barang-barang dari Singapura dan Perancis diletakkan di dalam sebuah kapsul masa yang akan dibuka 20 tahun akan datang. 

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan