Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Singa 'tumpang sekaki' dalam kenderaan pelancong

Ada yang teruja dan ada juga yang cuak apabila seekor singa tiba-tiba memasuki ke dalam sebuah kenderaan pelancong.

Anggaran Waktu Membaca:
Singa 'tumpang sekaki' dalam kenderaan pelancong

Singa 'tumpang sekaki' naik kenderaan pelancong. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 06:35PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 06:59PM

CRIMEA: Ada yang teruja dan ada juga yang cuak apabila seekor singa tiba-tiba memasuki ke dalam sebuah kenderaan pelancong.

Astro Awani difahamkan video berikut dirakam oleh para pelancong di Taman Safari Taigan, Crimea.

Singa yang dikenali sebagai Filya itu tiba-tiba memasuki kenderaan pelancong ketika ia menghampiri haiwan tersebut, lapor Astro Awani.

Singa itu kemudian dilihat cuba bermanja-manja dengan pemandu dan pelancong dengan menjilat-jilat tubuh mereka.

Memang nampak jinak, namun hakikatnya tetap harus berwaspada.

Menurut Astro Awani, ini kerana beberapa minggu lalu, seorang pelancong wanita dicederakan oleh seekor singa yang lain di taman safari yang sama.

Taman Safari Taigan popular kerana menawarkan pengunjungnya pengalaman untuk medekati haiwan buas itu. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan