Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sindiket MyKad dipercayai sudah lama 'beroperasi'

Kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang di percayai didalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pulau Pinang mungkin sudah lama beroperasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sindiket MyKad dipercayai sudah lama 'beroperasi'

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2019 05:42PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 05:46PM

GEORGE TOWN: Kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang di percayai didalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pulau Pinang mungkin sudah lama beroperasi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Encik T. Narenasegaran berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu sudah lama wujud termasuk penglibatan di beberapa peringkat di dalam agensi berkenaan, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun, kata beliau, polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan malah tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah itu turut berlaku di negeri lain.

"Mungkin ia sudah lama beroperasi dan sudah ada beberapa lapisan dalam sindiket tersebut, sebab itu polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Antarabangsa Kelima, hari ini (24 Sep).

Menurut Astro Awani, pada 12 September lalu, enam individu termasuk Penolong Pengarah JPN negeri didakwa di Mahkamah Sesyen di George Town atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Mereka didakwa secara berasingan mengikut Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Kanun Keseksaan.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan seorang wanita warga asing yang cuba memohon pasport negara ini dengan mengemukakan MyKad sah namun tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu pada Mei lalu, menurut Astro Awani.

Menyusuli itu, polis menerusi operasi khas berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan antara RM100,000 (S$33,000) dan RM600,000 (S$198,000) hasil jualan MyKad kepada warga asing.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan