Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sindiket diberkas sembunyi ganja, kokain dalam trofi palsu Piala Dunia

 Polis Argentina berjaya mematahkan satu sindiket yang mengedarkan ganja dan kokain yang diisi di dalam trofi-trofi palsu Piala Dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2018 07:46PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 09:59PM

ARGENTINA: Polis Argentina berjaya mematahkan satu sindiket yang mengedarkan ganja dan kokain yang diisi di dalam trofi-trofi palsu Piala Dunia.

Kumpulan jenayah terbabit dikenali sebagai Narcos de la Copa atau bermaksud pengedar Piala Dunia.

Mereka menyembunyikan dadah-dadah itu di dalam trofi-trofi tiruan Piala Dunia untuk mengedarkannya ke merata Argentina tanpa menimbulkan keraguan pihak berkuasa.

Namun rancangan mereka terbongkar dan polis berjaya merampas kokain dan ganja seberat 30 kilogram, selain 1,800 dos kokain yang boleh dihisap. Empat lelaki dan dua wanita diberkas dalam operasi itu.

"Penting untuk menghumban mereka ke dalam penjara agar mereka tidak kembali menjalankan perniagaan itu," tegas Menteri Keselamatan Buenos Aires Cristian Ritondo.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan