Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sindiket 'biskut raya' ganja tumpas; pasangan kekasih diberkas

Operasi sepasang kekasih menjual ‘biskut raya’ yang disyaki dicampur ganja sejak tiga bulan lepas berakhir pada Selasa lalu (23 Jun) apabila mereka diberkas polis dalam operasi di kawasan letak kereta sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Sindiket 'biskut raya' ganja tumpas; pasangan kekasih diberkas

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Jun 2020 12:14AM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 12:15AM

KUALA LUMPUR: Operasi sepasang kekasih menjual ‘biskut raya’ yang disyaki dicampur ganja sejak tiga bulan lepas berakhir pada Selasa lalu (23 Jun) apabila mereka diberkas polis dalam operasi di kawasan letak kereta sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pada 7.45 malam itu, kedua-dua suspek yang berusia 40 dan 41 tahun diberkas selepas pemeriksaan ke atas kenderaan milik suspek menemui ganja seberat 2,775 gram dan 24 botol biskut seberat 2,500 gram yang disyaki mengandungi cecair ganja.

Susulan penahanan pasangan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Alam Budiman, Shah Alam pada 2.30 pagi Rabu, kata Encik Mazlan dalam satu kenyataan.

“Kita menemui dadah disyaki jenis ganja dengan berat 4,111 gram bersama minyak ganja dengan anggaran berat 173 gram.

“Turut dirampas beberapa buah kenderaan, wang tunai, 515 keping emas dan bar perak sebanyak 400 keping yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM277,834 (S$90,200),” katanya.

Beliau menambah suspek lelaki direman tujuh hari manakala teman wanitanya direman empat hari, kedua-duanya bermula Rabu, bagi membantu dalam siasatan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan