Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Simpanan Tabung Haji jemaah dijamin selamat

Lembaga Tabung Haji Malaysia memberi jaminan kepada para jemaah bahawa simpanan mereka adalah selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Simpanan Tabung Haji jemaah dijamin selamat

Lembaga Tabung Haji. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Dec 2018 07:01PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 07:04PM

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji Malaysia memberi jaminan kepada para jemaah bahawa simpanan mereka adalah selamat.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Zukri Samat, memberi jaminan itu sebagai mengulas kesan laporan polis baru-baru ini mengenai penyalahgunaan dana oleh bekas dan kakitangan sedia ada.

Beliau berkata, laporan polis itu tidak memberi kesan kepada operasi TH.

Pada Jumaat lalu (30 Nov), TH membuat laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, terhadap bekas pengerusinya, bekas CEO dan empat kakitangan pengurusan kanan selepas tuduhan bahawa berjuta-juta ringgit disalurkan untuk kegiatan politik.

Ini menyusuli siasatan dalam yang dijalankan ke atas transaksi pada masa lalu.

Sumber : Agensi berita/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan