Images
  • halal

Sijil halal kini diwajibkan di Indonesia; produk tidak halal harus dilabel dengan jelas

JAKARTA: Sijil halal kini diwajibkan di Indonesia, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Produk tidak halal juga harus dilabel dengan jelas.

Undang-undang mengawal selia pensijilan halal diluluskan parlimen Indonesia pada 2014, tetapi hanya mula dikuatkuasakan pertengahan bulan lalu.

Bagi tempoh dua tahun pertama penguatkuasaan, Indonesia akan menumpukan perhatian kepada meletakkan label halal pada makanan dan minuman sedang ia menyasarkan untuk menjadi yang terbaik dalam industri halal global.

Selepas itu, pensijilan halal akan diluaskan secara bertahap-tahap kepada ubat-ubatan, produk kecantikan dan barangan yang diperbuat daripada haiwan termasuk pakaian.

Selepas tempoh pelonggaran lima tahun, penjual yang tidak mendapatkan sijil akan dikenakan sekatan pentadbiran dan berdepan risiko, produk mereka tidak dibenarkan dijual dalam pasaran.   

- Agensi berita/AQ/na

Top