Images
  • moon jae in kim jong un
    Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. 

Sidang Puncak Korea Utara-Korea Selatan pada 27 April

SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan akan mengadakan sidang puncak pertamanya sejak lebih 10 tahun pada 27 April ini.

Ini didedahkan para pegawai pemerintah Korea Selatan hari ini (29 Mac) yang baru-baru ini mengadakan dialog bersama para pegawai Korea Utara.

Kedua-dua negara bersetuju awal bulan ini untuk mengadakan sidang puncak demikian di kampung Panmunjom yang terletak dekat sempadan yang memisahkan kedua-dua negara.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in menghantar delegasi ke Pyongyang untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Sidang puncak Korea itu disusuli dengan pertemuan antara Presiden Donald Trump dengan Encik Kim sebelum lewat Mei.  

- Reuters/AQ/aq

Top