Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sidang Puncak G20 bermula dibayangi ketegangan dagangan

Para pemimpin sedunia berhimpun di Jepun pada Jumaat (28 Jun) bagi menghadiri salah satu mesyuarat G20 paling penting dan dibayangi perpecahan pandangan dalam tempoh beberapa tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Sidang Puncak G20 bermula dibayangi ketegangan dagangan

Presiden Amerik Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa Sidang Puncak G20 di Osaka, Jepun. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2019 01:27PM Dikemas Kini : 28 Jun 2019 01:33PM

OSAKA: Para pemimpin sedunia berhimpun di Jepun pada Jumaat (28 Jun) bagi menghadiri salah satu mesyuarat G20 paling penting dan dibayangi perpecahan pandangan dalam tempoh beberapa tahun.

Agenda mesyuarat itu termasuk perang perdagangan Amerika Syarikat-China, ketegangan geopolitik dan perubahan iklim.

Sidang puncak selama dua hari di bandar Osaka itu akan mengutamakan isu-isu perdagangan, dengan perhatian ditumpukan kepada sama ada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dapat mencapai kata sepakat berhubung pertikaian yang meninggalkan kesan buruk terhadap ekonomi dunia.

Para pemimpin sedunia juga akan berusaha untuk meredakan ketegangan antara Washington dengan Iran, yang menimbulkan keprihatinan mengenai konflik baru di Timur Tengah.

Mereka juga akan mencuba untuk mencari kata sepakat mengenai isu perubahan iklim, dengan Jepun berharap dapat menyatukan para pemimpin Eropah yang ingin tindakan tegas diambil manakala kepimpinan Amerika Syarikat pula komited untuk menarik diri daripada perjanjian iklim Paris.

KATA SEPAKAT BOLEH DICAPAI?

Awal sebelum ini, Presiden Trump berkata Beijing mahu mencapai satu perjanjian kerana ekonomi kedua terbesar dunia itu "semakin lemah".

Presiden Trump telah mengenakan cukai sebanyak AS$200 bilion (S$270 bilion) terhadap barangan yang diimport dari China dan kelihatan akan mengancam akan mengenakan lebih banyak cukai.

China pula mengutuk Washington menggunakan "taktik perdagangan buli" dengan mengenakan cukai secara sepihak.

Usaha oleh kedua-dua negara pesaing untuk mencapai perjanjian perdagangan menemui jalan buntu pada Mei, memburukkan lagi pertikaian yang ternyata menjejas ekonomi dunia.

Para pakar percaya kemungkinan satu perjanjian dagangan dicapai antara kedua-dua pihak di Sidang Puncak G20 sangat tipis, namun mereka menaruh harapan kedua-dua pemimpin dapat mencapai kata sepakat.

KETEGANGAN IRAN

Isu perdagangan bukan satu-satunya isu hangat yang akan dibincangkan dengan perubahan iklim juga muncul sebagai satu lagi isu mendesak.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata beliau mahu sokongan kukuh bagi tindakan perubahan iklim.

Bagaimanapun, Washington tidak mungkin menyokong sebarang kenyataan bagi mempersetujui perjanjian perubahan iklim Paris dan Amerika Syarikat merancang untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut.

Perhatian juga ditumpukan kepada Canselor Jerman Angela Merkel, yang tiba di Jepun pada Jumaat (28 Jun) selepas mengalami episod menggeletar yang menimbulkan tanda tanya tentang kesihatannya.

Rundingan itu dibayangi ketegangan yang berlarutan di Timur Tengah. Sebelum melakukan perjalanan ke Jepun, Presiden Trump berkata sebarang perang yang berlaku dengan Iran "tidak akan berpanjangan".

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan